Matrikulasi, Asasi atau Diploma Lebih Baik ?

by Abdul Hanan on December 2, 2011 · 10 comments

in aku, renungan, universiti

Salam.
SPM bagi pelajar sains tulen telah melabuhkan tirainya beberapa hari lepas.
Jadi,ada beberapa orang rakan yang bertanyakan pendapat saya tentang mana yang lebih bagus ?

Program Matrikulasi , Asasi atau Diploma lebih bagus untuk mereka menyambung pengajian ?

Pada saya,semuanya mempunyai pro dan contra masing- masing. Biar saya jelaskan di sini dengan bahasa yang lebih mudah difahami.

Program Matrikulasi

Satu program yang mempunyai beberapa cabang dalamnya seperti sains tulen dan juga teknikal.
Jadi anda akan diberikan pilihan untuk memilih salah satu daripadanya nanti
Jangka masanya tidak lama,cuma 1 tahun sahaja. Ada juga yang mendapat tawaran untuk mengambil program ini selama 2 tahun
Selepas selesai satu tahun pengajian, anda akan terus masuk ke unversiti untuk program ijazah selama 4 tahun atau 5 tahun (bergantung pada course)

Jadi jangka masa untuk anda grad = 5 tahun (lebih kurang)

Kekurangan : Apabila anda gagal mendapat pointer yang tinggi , anda mungkin tidak layak untuk mendapat kos yang anda impikan semasa menyambung ke ijazah nanti keranayaratnya sangat ketat dan ramai orang yang apply. kemungkinan anda akan diberi kursus yang tidak mendapat pasaran pekerjaan yang baik .Jika anda gagal sambung ke ijazah,anda hanya ada sijil SPM untuk bekerja. Masa belajarnya juga amat padat.

p/s : Orang akan cakap anda budak pandai bila anda masuk Matrik sebab budak2 pandai ja masuk Matrik.

Program Asasi

Satu program yang lebih kurang sama ja dengan asasi. Cuma di beberapa buah universiti , skopnya lebih luaeperti asasi undang-undang dan sebagainya.

Tempoh masa asasi – 1 tahun dan ada juga yang lebih satu tahun.

Program Diploma

Program diploma ni merupakan salah satu program yang pada aku menguntungkan dan membantu pelajar.
Banyak kursus yang ditawarkan dalam pengajian diploma. Kursus ini memakan masa antara 2.5 tahun – 3 tahun.  Program Diploma 2.5 tahun ditawarkan di UTHM . Sesungguhnya,ini memendekk masa pelajar untukmendapat segulung ijazah.
Program ini bagi aku lebih selamat kepada pelajar yang lemah dari segi teori terutamanya seperti aku.
Anda akan terus belajar perkara-perkara asas seperti yang dipelajari di matrik namun ianya lebih menjurus kepada kursus yang anda ambil seperti diploma kejuruteraan elektrik. Ini bermaknan anda akan mempelajari asa-asas elektrik untuk anda gunakan ketika di peringkat ijazah kelak.
Tempoh masa untuk anda belajar di peringkat ijazah hanyalah antara 2 – 2.5 tahun saja . Kenapa ? Sebab dengan adanya ‘transfer kredit’ , anda boleh memindahkan jam kredit yg telah anda pelajari dahulu ketika diploma.
Semasa pembelajaran juga,anda sudah punya basic dalam kursus tersebut.
Harus diingatkan , anda yang memegang sijil diploma dapat bekerja dengan menggunakan diploma tersebut tidak seperti pelajar asasi dan matrik. Seperkara lagi , anda akan diberikan ‘priority’ untuk masuk ke program ijazah oleh pihak universiti dan sudah pasti anda akan terus sambung keprogram ijazah mengikut program yang berkaitan dengan diploma anda. Anda pilih .
Masa untuk anda belajar juga kurang padat jadi anda boleh fokus pada pelajaran dan kokurikulum anda!

Untuk mendapat segulung ijazah mengikut program yang anda minat,anda hanya perlukan masa lebih kurang 5 tahun.

Jadi,anda fikir,mana yang lebih baik. Tempoh masa tak perlu dipertikaikan kerana masa untuk anda grad hanya lebih kurang sama sahaja.
Berdasarkan apa yang saya lihat dan tahu , ramai budak matrik yang menyambung pengajian ke ijazah namun tidak mendapat kursus yang diidamkan,hanya mendapat kursus yang tak mendapat pasaran kerja.

Hendak ke matrik/ asasi , anda pertingkatkan diri anda , dan dapatkan pointer 3.5 ke atas ketika anda di sana. namun anda tak dijanjikan kursus yang baik di Universiti kelak.

p/s : ini adalah pendapat saya,bukan kerana saya seorang pelajar diploma, saya sokong diploma, tapi ini berdasarkan info daripada rakan-rakan yang berada di asasi dan juga matrik serta senior yang telah mengalami proses ini . :)

Harap dapat membantu anda sedikit sebanyak :)

Incoming search terms:

  • segulung ijazah
  • gambar segulung ijazah
  • 3 tahun tempoh pengajian ijazah it di uthm
  • matrikulasi atau diploma
  • asasi atau diploma

{ 10 comments… read them below or add one }

hawiz December 3, 2011 at 12:31 AM

hurmm..pk leklok keh..solat iztikarah

Reply

Abdul Hanan December 3, 2011 at 1:55 AM

: )
setuju.. mohon petunjuk daripada-Nya.. kita usaha dan tawakal pada Dia. :)

Reply

syaf December 3, 2011 at 12:37 AM

mcm mana dgn form 6?

Reply

Abdul Hanan December 3, 2011 at 1:54 AM

form 6 juga bagus… sebenarnya, pembelajaran di matrik atau universiti,sama saja topiknya untuk thun pertama.. cuma ada tambah dan ada kurangnya mengikut tempat dan jenis kursus..
form 6 juga bagus dan sekarang ini form 6 sedang dinaiktaraf .. cuma pemikiran masyarakat kita yang memperlekehkan form 6.

Reply

asma February 18, 2012 at 6:10 PM

stuju 100%… sy bekas student mtrik :)

Reply

Abdul Hanan February 18, 2012 at 6:18 PM

pada pandangan anda, apa kelemahan yang ada dala sistem pendidikan kita ? :)

Reply

Abrar February 18, 2012 at 9:39 PM

STAM mcm mana pula?

Reply

Abdul Hanan February 18, 2012 at 11:12 PM

maaf. STAM saya tak dapat sebarang info, dan saya juga tak da pengalaman dalam bidang tu. jadi saya tak berani nak explain apa2. huhu

Reply

ruzaini January 6, 2013 at 2:14 PM

Hannaan, matrikulasi punya huraian tak cukup tu. matrik 2 tahun hg tak sebut. ;)

Reply

Abdul Hanan January 6, 2013 at 5:55 PM

matrik 2 tahun kepada mereka yang ditawarkan kan ? aku kurang arif bab tu. hang ada input ? boleh aku tambah kat bawah ni.huhu

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: