MTB Off-Road Bukit Sapu Tangan dan Bukit Bandaraya

by Abdul Hanan on January 26, 2012 · 6 comments

in aku, bangga, family

Baiklah. Selamat Tahun Baru Cina buat semua pembaca yang berketurunan Cina

Maaflah lama tak update blog, saya agak sibuk .
Cuti beberapa hari lepas aku tak sempat balik ke Perlis kerana cuti yang singkat.
Ya lah, perjalanan dari Johor ke Perlis mengambil masa lebih kurang 10 jam.
Ditambah dengan cuti perayaan,  mungkin akan mencecah 15 jam kerana traffik yang tinggi di lebuhraya

Jadi , aku balik ke rumah mak lang aku di Gombak .
Biasalah, cousins aku sekarang ni gila basikal.
So aku pun join sekali berbasikal dengan depa nie.

Pada Sabtu lalu, kami berkayuh daripada rumah cousin aku yang sorang ni yang terletak di Setia Alam dan ke Bukit Bandaraya,Shah Alam.
Perjalanan  berbukit ( on road ) lebih kurang 10 km.

Apabila sampai ke Bukit Bandaraya , kami 3 orang cuba masuk ke Bukit Bandaraya .

Bukit Bandaraya Trail

 

Bukit bandaraya

Malangnya di awal laluan, terdapat beberapa ekor lebah yang telah menyerang cousin ku. HAHA

Lalu, kami tukar ke Bukit Sapu Tangan , lokasinya dekat sahaja dengan Bukit Bandaraya.

Pondok Tinjau Bukit Sapu Tangan

 

kecerunan bukit !

 

ini gambar kami bertiga. credit to other mtbiker, seorang perempuan.

Malang sekali bagi aku, kekurangan fitness dan tenaga kaki sememangnya satu kekurangan nak sampai ke puncak. Bukit Sapu tangan ini penuh dengan laluan berbukit , perlu mendaki dan pendakiannya agak curam.
Aku gagal di bukit ini dan perlu menolak basikal untuk sampai ke puncak

Hari Isnin , kami hendak mencuba lagi Bukit Bandaraya. Paginya hujan sekitar bukit tersebut . Kami teruskan pendakian ke bukit bandaraya. memang best. Walaupun disengat lebah , tapi kami tetap meneruskan kayuhan off road. Trailnya amat bagus dan aku amat selesa di bukit ini.
Memang terbaik bukit ni.

Akar- akar kayu menjadi halangan, lopak lopak kecil , juga beberapa kawasan-kawasan sempit , turut meningkatkan lagi kepuasan dalam trail ini . memang terbaik !!

Lebih gambar di Setia Alam > Bukit Bandaraya > Bukit Sapu Tangan

Incoming search terms:

  • bukit sapu tangan

{ 6 comments… read them below or add one }

Kak Yong January 26, 2012 at 12:21 AM

hm, sy ade jugak sorg kwn sekolah rendah gila basikal.

Reply

Abdul Hanan January 26, 2012 at 12:31 AM

sekolah rendah ? hehe.. area mana tu ?

Reply

Kak Yong January 26, 2012 at 12:50 AM

kwn tu xtau la duduk mana la ni. tengok kat FB dia ja..

Reply

Abdul Hanan January 26, 2012 at 2:03 AM

oo.. hehe..
okay2.. skrg ni trend orang main beskal kot.. haha
makin ramai yang minat.

Reply

bogon February 21, 2012 at 10:00 PM

wei..cita la sket cousin aku tu sgt hebat orgnye..bukit sapu tangan 1 shot je tapau..apa daaa..

Reply

Abdul Hanan March 20, 2012 at 12:44 AM

weyyy.. come on la.. jangan nak bangga diri sangat !! hahahha

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: