Asas Anak Membawa Ibubapa ke Syurga

Dengar lah terlebih dahulu. Tak rugi : )

Tajuk yang mungkin orang tak berapa nak suka dan satu tajuk yang mungkin orang akan lihat post kali ini berkaitan kesedihan.
Apa yang saya nak sampaikan di sini, adalah betapa bangganya mempunya bapa saya.
Yang pada suatu ketika dulu, saya pernah terfikir akan cadangannya yang pada saya kolot.

Apa tindakan yang bapa saya nak buat dulu ?

Dulu ketika tok wan saya aka datuk saya meninggal dunia , saya masih kecil .
Dibawanya saya masuk ke dalam ruang mandi jenazah untuk sama – sama memandikan jenazah tok wan saya.
Jauh di sudut hati saya, saya tertanya,

Kenapa tak suruh orang lain ? kenapa tak suruh orang yang selalu memandikan jenazah orang ?
Kenapa ahli keluarga ja semua nak mandikan tokwan saya ?

 

Persoalan itu juga bermain di fikiranku ketika pak ngah aku meninggal dunia.
Masa tu aku Form 5 . Sedih, memang sedih kehilangan seorang pak ngah yang banyak menabur jasa pada aku dan keluarga.
Pernah juga aku buat entri berkaitan pak ngah aku dahulu di SINI .
Disebabkan aku telah besar ,  hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang memandikan jenazah pak ngah aku.
Mungkin ada antara anda semua tak pernah merasa semua ini, tapi percayalah , satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila kita memandikan sendiri jenazah orang tersayang. Masyaallah , sangat pilu hati ketika meriba jenazah bersama ahli keluarga lain.
Berdasarkan video itu, beberapa ungkapan daripada Ustaz Don amat menyentuh sanubari saya.

Adakah anak yang ada hari ini , mereka yang akan beratur berbaris untuk memandikan kita ?

Diakah yang akan memakaikan kafan kepada kita ?

Diakah yang akan menyembayang (solat jenazah) dan jadi imam kepada kita ?

Kalau belum tolong pastikan sebab semua orang akan mati .

Bayangkan seorang anak yang memandikan ayah dia….

Bayangkan kalau anak jadi imam sembahyang ( solat jenazah) ….

Kalau anak pegang, Apa tuan tuan pandang dengan ayah saya ?

Kalau anak jadi imam masa dia angkat tangan doa kat mak dia, kita kat belakang dok amin amin , agak agak anak tu nak doa berapa lama ?

Air mata bercerau nangeh , takkan lah anak dalam keadaan macam tu Allah nak tolak doa dia ?

Mustahil.. mustahil Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dia nak tolak doa macam tu .

Baru aku sedar, yang semua perkara yang bapa aku suruh buat dulu, yang pernah aku persoalkan tujuannya, memberi impak sebegini dalam pada keluarga dan diri sendiri.  Insyaallah, aku dan ahli keluarga yang lain yang akan menyelesaikan segala urusan ini sekiranya telah sampai ajal salah seorang daripada kami semua dalam keluarga.

Nabi tak pernah ajar kita terlambat , kalau esok kiamat ada benih tanam benih.

Kalau dah tau esok kiamat, tanam benih tu dulu.tak ada masalah.

Insyaallah, aku juga kini sedang mendalami ilmu agama.

 

Incoming search terms:

  • anak syed muzaffar
  • solat jenazah
  • selagi ada waktu(faizal yusuf)rtm 1 full drama
  • majlis perkahwinan dato syed muzaffar
  • kalau esok kiamat
  • kelebihan anak mati kecil
  • selagi ada waktu jalil hamid movie
  • shakh muzfar
  • sheikh muszaphar dan anak
  • kalau ada benih nabi suruh tanam walaupun esok kiamat

4 Comments

  • February 15, 2012 - 12:14 PM | Permalink

    mudah mudahan ade peluang utk memandiikan jenazah mak ayah nti. dulu masa arwah atuk sy hanya tgk je. abg2 sy yg tlg mandikn. huhu.

    • February 18, 2012 - 4:06 PM | Permalink

      insyaallah, ada peluang nanti : )
      saya pun harap begitu jugak : )

  • February 15, 2012 - 1:10 PM | Permalink

    memg sedih tgk video ni…sgt menusuk kalbu…

    • February 18, 2012 - 4:07 PM | Permalink

      betul. menusuk dalam hati dan sanubari .
      agaknya kita berpeluangkah untuk berbakti kali terakhir pada jasad ahli keluarga kita ? :(

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>